Akar Ruas-ruas (Asystasia gangetica)
Biodata

Nama Melayu: Akar Ruas-ruas
Nama Botani: Asystania gangetica
Famili: Acanthaceae
Nama Lain: Rumput Israel
Negara asal: Afika Barat hingga ke New Guinea dan diperkenalkan ke Malaysia pada tahun 1876 sebagai tanaman hiasan.

Huraian

Akar Ruas-ruas merupakan herba memanjat secara melilit atau merayap sehingga 1-2 meter panjang. Daun ovat, 5-10 cm panjang, 2.5-3.5 cm lebar, tip runcing, bes bundar atau runcing berwarna hijau tua. Infloresen rasem, 5-12 cm panjang dan bunga berwarna putih atau putih kekuningan. Buah kapsul, silinder 1-1.5 cm panjang dan berbiji halus dan banyak.


Rumput israel (Asystasia gangetica spp. micrantha)
Spesies lain yang seakan-akan sama, iaitu Rumput israel Asystasia gangetica spp. micrantha (Nees) Ensermu, mempunyai bunga yang kecil, berwarna putih dan tengahnya bertompok-tompok kebiruan.

Baca juga: Cara Tanam Akar Ruas Ruas (Asystasia gangetica)

Sekian, itu sahaja biodata dan huraian mengenai tanaman yang bernama Akar Ruas Ruas (Asystasia gangetica) dan semoga bermanfaat.

Terima Kasih :)