Apa Itu Riddah
MAKSUD RIDDAH

Definisi Riddah adalah berpaling atau keluar daripada agama Islam.
Pelakunya degelar murtad.

3 CARA PENYEBAB SESEORANG MURTAD

  • Iktikad = Berniat ingin meninggalkan agama Islam
  • Perkataan = Isytihar diri keluar daripada agama Islam
  • Perbuatan = Menganut agama lain selain agama Islam


SEBAB BERLAKU RIDDAH

  • Individu Islam yang lemah pegangan agamanya
  • Jahil tentang ilmu Akidah sebenar Islam dan Syariat Islam
  • Tiada bimbingan memahami Islam
  • Terpengaruh dengan agama asal/lain
  • Terpengaruh dengan kebendaan semata-mata
  • Tiada bimbingan selepas memeluk Islam


KESAN PERBUATAN RIDDAH

  • Hubungan suami isteri automatik terfasakh (tidak sah)
  • Haram dikebumikan di perkuburan Islam
  • Jadi penghuni neraka selama-lamanya
  • Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • Hartanya haram dipusakai oleh waris beragama Islam
Ancaman Bahaya Riddah
Kita sebagai umat Islam sejati harus peka dengan apa yang kita lakukan, kita harus berjaga-jaga di samping mengawasi keluarga kita agar tidak melakukan perkara riddah. Maka, dengan adanya pengetahuan mengenai apa itu riddah, semoga kita lebih berhati-hati dalam meniat, bercakap dan melakukan tindakan yang boleh menyebabkan murtad.

TERIMA KASIH :)