Biodata Asam Susur (Hibiscus sabdariffa)
Biodata

Nama Melayu: Asam Susur

Nama Botani: Hibiscus sabdariffa
Nama Famili: Malvaceae
Nama Lain: Roselle
Negara Asal: Negara asal herba ini tidak diketahui tetapi dipercayai berasal daripada Afrika Barat


Huraian

Asam Susur, pokok renek atau herba ini setinggi 1-2 meter. Batangnya berkayu lembut, bersegi sedikit dan bewarna merah keunguan. Daun mudah, polimorf, berbentuk ovat-lanseolat semasa muda dan kemudian bertukar palmat, berlobus 3-5 segmen. Segmen ini berbentuk ovat-lanseolat atau oblong-lanseolat dan segmen tengah lebih panjang daripada yang lain.

Petiol hampir sama panjang dengan lai daun. Petiol dan lai daun berwarna kemerahan. Bunganya tunggal, tumbuh pada aksil daun, besar, berpetal lima, berwarna merah jambu dan bertompok perang di tengahnya.

Kaliks berlobus lima, 1-2 cm panjang. Selepas persenyawaan, kaliks ini membesar sehingga 5 cm dan berwarna merah. Buah kapsul, ovoid, 2-3 cm panjang, 1.5-2.5 cm lebar, berpangsa lima, dan ditutupi oleh kaliks yang membesar. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna perang.

Hibiscus sabdariffa lain yang sama dengan Asam Susur
Kultivar lain yang seakan-akan sama iaitu Hibiscus sabdariffa juga dikenali sebagai Asam Susur. Batang dan rantingnya berwarna hijau atau kemerahan sedikit. Kultivar ini bercabang banyak, lebih-lebih lagi jika dicantas. Bunganya berwarna kekuningan dan tengah berwarna merah keungguan.

Nak tahu apa khasiat dan kebaikan Asam Susur (Hibiscus sabdariffa) ?

Terima Kasih :)