Biodata Bangun-bangun (Solenostemon amboinicus)
BIODATA

Nama Melayu: Bangun-bangun
Nama Botani: Solenostemon amboinicus
Nama Lain: Mangun
Sinonim: Plectranthus amboinensis, Coleus amboinicus, Coleus aromaticus 
Negara Asal: Indonesia

HURAIAN

Tanaman Bangun-bangun ini merupakan herba yang tumbuh secara merayap dan kadang-kadang tegak setinggi 50 cm. Batangnya lembut dan berlendair. Daun tebal, berbentuk ovat yang lebar atau berbentuk jantung, kesat, tepi daun bergerigi, berukuran kira-kira 4-9 cm panjang, 3-6 cm lebar, berwarna hijau muda. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Semua bahagian herba ini beraroma apabila diramas.

Itu sahaja huraian mengenai tanaman Bangun-bangun (Solenostemon amboinicus) semoga memberi manfaat kepada anda.

TERIMA KASIH :)