BIODATA BARU CINA

Nama Melayu: Baru Cina
Nama Botani: Artemisia vulgaris
Nama family: Compositae
Nama Lain: Rmput Roman
Negara Asal: China dan Asia Tenggara

HURAIAN POKOK BARU CINA (Artemisia vulgaris)

Pokok Baru Cina (Artemisia vulgaris) adalah herba berkayu lembut, berbulu halus, mencapai ketinggian 0.5-1 meter. Daun berlobus pinat, 5-14 cm panjang dan segmen daun berbentuk lanseolat atau runcing, bergerigi kasar, berwarna hijau di permukaan atas daun dan di glaukus permukaan bawah daun.

Infloresen dalam bentuk kepala bunga yang kecil dan banyak, tumbuh pada tangkai yang tegak atau melentur. Bunganya banyak dan halus berwarna putih kehijauan. Semua bahagian herba ini, terutama daun beraroma apabila diramas.


Itu sahaja dulu artikel Biodat  "Baru Cina (Artemisia vulgaris)". Semoga iainya bermanfaat memberi pengetahuan dan informasi kepada semua pembaca.

TERIMA KASIH :)