Senang ke susah nak buat gambar sendiri seperti logo dan lain-lain. Senang atau susah sebenarnya bergantung pada jenis dan design gambar yang korang nak buat tu. Kalau setakat gambar atau logo biasa dan simple, korang boleh cuba tutorial ini.
Artikel ini saya buat untuk ajar cara buat gambar sendiri menggunakan Microsoft Powerpoint. Ikuti langkah demi langkah di bawah beserta gambar supaya mudah difahami.
LANGKAH 1: Pertama sekali, buka Microsoft PowerPoint
LANGKAH 2: Korang boleh pilih apa sahaja "Bentuk" yang tersedia di PowerPoint
LANGKAH 3: Pilih "Text Box" dan cari Jenis Font dan Saiz Font yang korang suka
LANGKAH 4: Korang boleh buat "Text Box" dan "Font" seberapa banyak yang korang suka
LANGKAH 5: Boleh pilih warna untuk Box dan juga warna border (sekeliling box)
LANGKAH 6: Boleh pilih warna Font
LANGKAH 7: Korang boleh pilih Rectangle lagi untuk design yang lain
LANGKAH 8: Boleh tutup bahagian yang korang tak perlukan
LANGKAH 9: Semua bentuk boleh rotate (pusing), Kalau tak boleh rotate, korang kena ZOOM lagi dekat sehingga butang rotate terlihat
LANGKAH 10: Korang boleh buat sesuka hati korang (terpulang)
LANGKAH 11: Letak nama tadi di bahagian bawah
LANGKAH 12: Untuk save gambar ini, "Select all"
LANGKAH 13: Klik kanan mouse, dan pilih "Save as Picture"
LANGKAH 14: Tulis nama pada bahagian File name, pilih jenis file di Save as type dan akhir sekali klik Save
Bagaimana, mudah kan. Korang boleh cuba buat sendiri, macam-macam gambar lagi korang boleh buat, korang kena explore sendiri dan fikir di luar kotak dan bukannya di dalam kepala kotak, haha gurau-gurau.
Itu sahaja setakat ini tutorial cara buat gambar sendiri di Microsoft PowerPoint, semoga bermanfaat, sekian terima kasih.
0 Comments