Bagaimana nak transfer duit dalam Maybank2u ke akaun bank yang lain. Tutorial ini saya buat untuk memberi panduan cara transfer duit daripada akaun Maybank ke akaun bank lain dengan menggunakan laman web maybank2u. Bagi tutorial ini saya transfer duit dari Maybank ke CIMB. Tapi, cara ini juga boleh digunakan untuk transfer ke bank-bank lain juga.

Berikut langkah demi langkah "cara transfer duit guna Maybank2u ke bank lain" beserta gambar supaya lebih mudah difahami:

LANGKAH 1: Pertama sekali klik "Transfers" dan klik "Go"


LANGKAH 2: Kemudian klik "New interbank fund transfer"


LANGKAH 3: Seterusnya, cari dan pilih bank penerima, untuk tutorial ini saya pilih CIMB BANK BERHAD. Kemudian klik "Continue"


LANGKAH 4: Isi ruangan yang berkaitan,

Amount: Jumlah duit yang nak di transfer
Mode of transfer: Pilih mengikut keperluan korang, saya pilih "Instant Transfer"
Recipient name: Nama penerima
Account number: Nombor akaun penerima
Recipient reference: Rujukan penerima

Jika sudah selesai isi, klik "Continue"


LANGKAH 5: Kemudian, tick pada "SMS TAC", Klik "Request for TAC", tunggu sehingga nombor TAC dikirim (mesej) pada telefon korang, kemudian isi nombor TAC itu pada ruangan SMS TAC


LANGKAH 6: Jika korang perlukan resit, klik "Print receipt"


LANGKAH 7: Akhir sekali akan tertera popup yang mengandungi resit proses transfer duit yang korang buat tadi.


Itu sahaja dulu langkah bagaimana untuk transfer duit daripada Maybank ke bank lain. Semoga tutorial bergambar ini dapat membantu korang yang first time nak buat atau dah lama tak transfer ke bank lain guna Maybank2u. Terima Kasih