Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Artikel ini adalah untuk memberi panduan bagaimana untuk transfer duit Maybank2u ke maybank. Dengan Maybank2u juga sebenarnya korang boleh transfer duit ke akaun bank lain, tapi untuk artikel ini saya buat khas untuk tutorial cara transfer duit dalam Maybank ke Maybank menggunakan laman web Maybank2u.
Berikut langkah demi langkah beserta gambar tutorial supaya korang mudah faham:
LANGKAH 1: Masuk pada laman web Maybank2u, login username dan password, kemudian klik butang seperti gambar di bawah
Klik butang panah ke bawah |
LANGKAH 2: Pilih "Transfers"
Pilih Transfer |
LANGKAH 3: Klik "Go"
Tekan Go |
LANGKAH 4: Seterusnya klik "New 3rd party account transfer" untuk transfer ke akaun maybank ATAU "New interbank fund transfer" untuk transfer ke akaun bank selain Maybank
Klik New 3rd party account transfer (maybank) |
LANGKAH 5: Kemudian, isi jumlah duit yang ingin korang transfer pada ruangan "Amount" menggunakan FORMAT nombor (tidak perlu tulis RM)
Seterusnya isi nombor akaun Maybank KEPADA di ruangan "To 3rd Party Account Number"
Di ruangan lain adalah "OPTIONAL" iaitu terpulang kepada korang nak isi atau tidak
Selepas selesai isi semua maklumat, klik butang "Continue"
Isi maklumat transfer duit maybank2u |
LANGKAH 6: Kemudian, pilih SMS TAC
Seterusnya, klik butang "Request for TAC" kemudian pihak Maybank akan hantar mesej kepada korang, dalam mesej itu tertera nombor TAC. Isi nombor TAC tadi ke ruangan SMS TAC. Selepas selesai, klik butang "Confirm"
Proses keselamatan "SMS TAC" mesej No. TAC akan dimesej |
LANGKAH 7: Jika korang perlukan resit proses transfer tadi, klik butang "Print receipt"
Dapatkan resit transaksi duit |
LANGKAH 8: Akhir sekali, tertera Resit proses transfer duit yang kita lakukan tadi. Korang boleh print, screenshot, snap gambar, sebagai bukti transaksi.
Resit untuk rujukan |
Tutorial pada artikel ini adalah pengalaman saya sendiri transfer duit dari laman web Maybank2u ke akaun maybank yang lain. Tutorial ini dibuat pada tahun ini 2018, yang paling terbaru. Semoga artikel "Cara Transfer Duit Maybank2u Ke Maybank" dapat membantu korang yang pertama kali nak buat transfer di laman web Maybank2u.
2 Comments
Tq atas tunjuk ajar
ReplyDeleteTerbaikkk, tq 🙂,
ReplyDelete