![]() |
Maksud Iman Dalam Islam |
Definisi IMAN dari segi bahasa adalah = PERCAYA
Definisi IMAN dari sudut Ahli Sunnah Wal Jamaah:
- Membenarkan di hati
- Mengakui dengan lidah
- Beramal dengan anggota
KEPERLUAN IMAN DALAM HIDUP MANUSIA
- Manusia akan menjadi makhluk yang bersyukur dengan segala nikmat yang diberi Allah
- Umat Islam akan bersemangat dan istiqamah dalam melaksanakan ibadat kerana Allah
- Kekuatan iman diri akan membentuk keperibadian diri yang berani menegakkan kebenaran kerana Allah
- Membentuk diri lebih bertanggungjawab dan amanah
- Iman pencetus semangat perjuangan jihad
- Melahirkan generasi berakhlak mulia
- Orang beriman sangat suka melakukan kebaikan
- Orang beriman mampu sabar dan redha menghadapi kesusahan dan ujian
- Iman pemupuk semangat persaudaraan
- Iman membentuk muslim sejati dan benar
Iman adalah satu anugerah daripada Allah SWT yang paling tinggi nilainya kepada setiap orang Islam.
Iman juga merupakan ukuran yang membezakan seseorang itu sama ada mereka daripada golongan beriman ataupun golongan kafir.
![]() |
Pilihlah Tempat Kediaman mu |
Golongan yang mendapat keredhaan Allah ialah golongan yang beriman, mereka memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat. Manakala golongan yang mengingkari Allah dan Rasul akan diberi balasan azab neraka di akhirat kelak.
Semoga kita memperoleh hidayah IMAN Allah SWT dan ditempatkan dalam golongan mereka yang mendapat perlindungan daripada Allah. Itu sahaja perkongsian definisi Iman menurut ajaran Islam.
TERIMA KASIH :)
0 Comments