Setiap insan yang beragama Islam pasti ingin menyempurnakan rukun Islam. Sebelum itu, Jom belajar dan kenali kewajipan ibadah Haji dan Umrah.

PENGERTIAN UMRAH

Maksud Umrah dari sudutBahasa adalah Ziarah.

Dari segi istilah Syarak pula adalah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu.

Firman Allah SWT
Maksudnya: Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah [SURAH AL-BAQARAH, 196]

Ayat al-Quran tentang haji dan umrah


PENGERTIAN HAJI

Maksud Haji Dari Sudut Bahasaadalah mengunjungi tempat mulia.

Dari segi istilah Syarakadalah mengunjungi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah SWT
Maksudnya: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah kepada sesiapa yang mampu sampai kepadanya. [SURAH ALI IMRAN, 97]

Kewajipan Ibadah Haji dan Umrah


Kita hendaklah menabung untuk menunaikan fardu haji. Perbuatan berhutang atau bergadai harta untuk menunaikan haji adalah tidak menepati kehendak syariat.

Menabung di tabung haji


HIKMAH HAJI DAN UMRAH

Hikmah Haji dan Umrah Kepada Individu
  • Meningkatkan keimanan iaitu menyempurnakan ibadah iaitu haji
  • Dapat memperbaharui ikrar iman kepada Allah SWT
  • Menunaikan haji dapat melahirkan rasa kesyukuran di atas harta dan nikmat Allah SWT
  • Ingat kembali sejarah kegemilangan Islam di bumi anbiya
  • Haji dapat hapuskan dosa-dosa kecil
  • Ibadah haji dapat membersihkan jiwa daripada kekotoran maksiat


Hikmah Haji dan Umrah Kepada Masyarakat
  • Dengan berkunjung ke Baitullah, kita dapat berkenalan sesame umat Islam dengan pelbagai latar belakang
  • Meningkatkan ekonomi Islam (Negara Arab Saudi, peniaga, agensi dan lain-lain)
  • Dapat berkumpul sekaligus dapat berbincang mengenai masalah umat
  • Menyatukan umat Islam di seluruh pelusok dunia
  • Mampu meningkatkan hubungan persaudaraan Islam
  • Bergabung dan menggerunkan musuh Islam




Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: Sesiapa yang menunaikan haji di Baitullah tidak melakukan dosa, maka dia kembali seperti keadaan seperti mana ia dilahirkan semula.

Hikmah Haji - Seperti baru di lahirkan


Kepada sesiapa yang berpeluang melakukan haji dan umrah, laksanakanlah dengan cara yang paling baik, jauhkan diri daripada melakukan dosa, semoga dosa-dosa yang lalu diampukan oleh Allah Yang Maha Pengampun. Selamat melaksanaka kewajipan ibadah haji dan umrah..

TERIMA KASIH :)