![]() |
Kegunaan dan Khasiat Asam Jawa |
Asam jawa (Tamarindus indica) ialah penyedap rasa yang sering digunakan dalam resipi masakan tradisional dan resipi masakan moden. Rasa masam asam jawa bukan sahaja dapat menyedapkan pelbagai resipi masakan lauk-pauk tetapi juga dapat merangsang selera.
Perahan Asam jawa boleh dijadikan ramuan sos, sambal, acar, cicah ikan bakar dan sebagainya. Buahnya yang muda sering juga dibuat sambal.
Selain digunakan sebagai penyedap rasa, Asam jawa dikenali masyarakat Melayu sebagai ubat yang boleh menyembuhkan batuk dan demam. Asam jawa kini dijadikan kordial yang semakin popular.
![]() |
Kegunaan dan Khasiat Asam Jawa |
Fakta Nutrisi Asam Jawa
Buah Asam jawa mengandungi 40-50% pulpa yang boleh dimakan. Dalam tiap-tiap 100 g, bahagian Asam jawa yang boleh dimakan mengandungi:
Air = 17.8-35.8 g
Protein = 2-3 g
Lemak =
Karbohidrat = 41-61.6 g
Serat = 2.9 g
Kalsium = 34-94 mg
Fosforus = 34-78 mg
Ferum = 0.2-0.9 mg
Vitamin A = sedikit
Vitamin B1 = 0.33 mg
Vitamin B2 = 0.1 mg
Niasin = 1.0 mg
Vitamin C = 44 mg
Rupa-rupanya buah Asam jawa memang sangat bagus untuk dimakan. Kalau anda atau ahli keluarga anda demam atau batuk, jangan lupa untuk memanfaatkan ubat semulajadi ini.
Terima Kasih :)
0 Comments