Khasiat Pokok Ati-ati 
Kegunaan

Kegunaan tanaman Ati-ati pada pucuk atau daunnya sering digunakan sebagai ramuan dalam sambal tempoyak daun kayu atau nasi ulam. Selain tujuan digunakan sebagai penyedap rasa, ati-ati juga digunakan sebagai ubatan tradisional.

Khasiat

Tidak diketahui tentang fakta nutrisi makanannya. Khasiatnya sebagai ubat seduhan daunnya dikatakan dapat mengurangkan mual perut kerana tak kecernaan makanan. Daunnya juga digunakan sebagai poltis bengkak atau sakit kepala.

Jika anda ada sebarang pengetahuan atau pengalaman dengan pokok Ati-ati (Solenostemon scutellaroides) boleh maklumkan kepada Blog PEPOKOK di ruangan komen. Jom berkongsi ilmu.

Terima Kasih :)