![]() |
Khasiat Pokok Baru Cina |
KEGUNAAN Baru Cina (Artemisia vulgaris)
Pokok Baru Cina (Artemisia vulgaris) adalah sayuran penyedap rasa dan ubat tradisional. Pucuknya digunakan sebagai penyedap rasa dalam sup daging, ayam, ikan dan resipi masakan tradisional dan moden yang digemari. Dalam resipi masakan China, pokok Baru Cina sering digunakan kerana aroma herba ini dapat merangsang selera.
KHASIAT Baru Cina (Artemisia vulgaris)
Herba ini juga terkenal sebagai ubat. Daun yang diramas dikatakan dapat menyembuh luka dan kudis, juga dijadikan sebagai poltis untuk sakit kepala. Air rebusan daun dan bunga dikatakan sebagai ekspektoran, antispasmodic, ubat cacing, karminatif dan ubat sakit perut. Air seduhan daun Baru Cina juga dikatakan dapat melawas pengaliran haid dan pelawas kencing.
Wow, memang sangat bermanfaat pokok Baru Cina (Artemisia vulgaris). Kalau anda ada masalah penyakit, boleh cuba herba ini. Tapi, jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doctor terlebih dulu.
TERIMA KASIH :)
0 Comments