![]() |
Apa itu Bai'ah |
Kisah Pemilihan Pemimpin Khulafa Ar-Rasyidin ini amat penting untuk diambil iktibar dan semoga bermanfaat untuk anda semua.
Apa itu Bai’ah
• Bai’ah ialah perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa.
KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA
Rasulullah SAW tidak meninggalkan wasiat untuk pengganti baginda sebagai pemimpin, sehinggalah berlaku perselisihan faham. Selepas itu, orang Ansar mengadakan perjumpaan lalu melantik pemimpin mereka di Saqifah Bani Saidah.
Mereka mencadangkan Saad bin Abi Ubadah (Suku Khazraj). Lalu, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab datang ke tempat tersebut. Puak Ansar dan Muhajirin berbincang dan masin-masing memberi ucapan.
Apabila keadaan tenang, Abu Bakar as-Siddiq berucap dengan mencadangkan Umar atau Abu Ubaidah. Kedua-duanya membantah dan Umar terus berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus berbai’ah diikuti umat Islam lain dan bersetuju Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah.
KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB
Selepas Abu Bakar as-Siddiq jatuh sakit, beliau bimbang berlaku perpecahan bila nanti selepas ketiadaan beliau. Perlantikan khalifah yang seterusnya perlu dilakukan dan orang yang paling sesuai adalah Umar Al-Khattab.
Abu Bakar as-Siddiq meminta pendapat sahabat lain dengan menyatakan kelebihan yang Umar miliki. Uthman bin Affan diminta untuk menulis wasiat Abu Bakar. Apabila wasiat selesai ditulis, Abu Bakar meminta diperdengarkan dahulu sebelum wasiat diumumkan.
Selepas wasiat selesai, Abu Bakar tanya kepada orang ramai tentang perlantikan itu sama ada bersetuju atau tidak. Ternyata ramai yang bersetuju.
KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Ketika Umar dirawat akibat tikaman Abu Lu’luah (yang beragama majusi) beberapa sahabat menemui Umar dan cadangkan supaya Umar lantik penggantinya. Namun, beliau enggan tetapi setelah didesak Umar bersetuju untuk melantik pemimpin seterusnya.
Calonkan 6 orang sahabat untuk menjadi pemimpin Khulafa ar-Rasyidin:
1. Uthman bin Affan
2. Ali bin Abi Talib
3. Talhah bin Ubaidah
4. Zubair bin Al-Awwam
5. Saad bin Abi Waqas
6. Abdul Rahman bin Auf
Anak Umar al-Khattab sebagai saksi. Mereka mengadakan mesyuarat untuk pemilihan pemimpin. Talhah, Az-Zubair dan Abdul Rahman tarik diri dari pemilihan itu. Abdul Rahman menjadi pemegang amanah perlantikan itu. Beliau mengisytiharkan Uthman bin Affan sebagai Khalifah baru dan bai’ah diadakan.
KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB
Selepas kejadian pembunuhan Uthman bin Affan, Negara Islam menjadi kurang stabil. Puak pemberontak meminta Ali menjadi khalifah. Pada mulanya Ali bin Abu Talib enggan, tetapi akhirnya bersetuju apabila keadaan semakin genting.
Orang ramai memberi bai’ah kecuali Muawiyah bin Abi Sufyan (Gabenor Syam).
Terdapat 2 cara perlantikan Khalifah dalam Kisah Pemilihan Pemimpin Khulafa Ar-Rasyidin:
1. Majlis Syura
2. Wasiat yang dipersetujui Majlis Syura
Amat penting untuk sesuatu kelompok atau negara memiliki pemimpin, tanpa pemimpin masyarakat akan bercelaru tanpa hala tuju. Maka, untuk membina satu pasukan atau negara yang kuat, pemimpin yang hebat dan layak dengan bidangnya perlu dilantik.
SOALAN PEMILIHAN PEMIMPIN KHULAFA AR-RASYIDIN
Nyatakan kebaikan pelantikan khalifah melalui majlis syura? Jawab di ruangan komen di bawah :)
![]() |
Soalan Pemilihan Pemimpin Khulafa Ar-Rasyidin |
Semoga Kisah Pemilihan Pemimpin Khulafa Ar-Rasyidin menjadi tauladan kepada kita semua demi memastikan hidup kita harmoni dan tenang.
TERIMA KASIH :)
0 Comments