Jodoh atau pasangan hidup, anda akan merasakan suatu perasaan yang sangat bahagia sebaik sahaja bertemu dengannya.
Jodoh adalah seseorang yang tertarik pada jiwa dan raga anda hingga sanggup untuk menjadi pasangan. Perhubungan ini adalah harmoni dan sangat baik untuk rohani. Kami kumpulkan 6 langkah untuk mencari pasangan hidup yang perlu anda buat sekarang.1- SENARAI SEMUA CIRI-CIRI DAN KEBAIKAN JODOH YANG DIIDAMKAN
Anda mungkin terfikir, macam mana dengan hanya buat senarai ini dapat bantu mencari jodoh yang diinginkan! Haa, senarai ini mungkin macam buang masa, tapi sebenarnya secara misteri sangatlah membantu.
"Fikiran dan idea selalunya menjadi realiti pada akhirnya", Apabila anda mengalihkan fikiran ke atas kertas sebenarnya dapat mengingatkan anda supaya mengenalpasti ciri-ciri dan kebaikan bakal pasangan anda dari aspek penampilan, perangai dan tindakannya.
Senarai ini juga dapat memberi semangat sekaligus mempercepatkan proses untuk anda mencari dan mendapatkan pasangan hidup.
2- HORMAT PERASAAN ANDA
Anda akan bertemu jodoh dengan cara yang paling pelik atau mengejutkan hanya kerana mengikut gerak hati. Mengikut gerak hati, bermakna melakukan apa yang terasa benar untuk anda, walaupun anda tidak mampu menjelaskannya.
3- BUKA HATI UNTUK MENCINTAI
Perkara terpenting untuk menarik seseorang dalam hidup, anda mesti menerima cinta yang anda tawarkan dan sama-sama menerima cinta yang diberi. Bahkan jika pernah terluka di masa lalu (bukan kita semua?), Jangan menutup diri untuk mencintai.
Belajar dari rasa sakit masa lalu dan ubah rasa sakit itu menjadi ghairah. Ingat, bukan semua orang adalah "ex" anda. Terima rasa sakit, tapi jangan campakkan diri padanya, serahlah diri pada jalan cinta dan kasih sayang sebagai gantinya.
4- JADI DIRI SENDIRI
Tidak perlu melakukan apa yang dilakukan orang lain untuk mendapatkan pasangan hidup. Ikut langkah dan cara mu sendiri, terima diri sebenar, terima kelemahan dan kekurangan anda.
Inilah kunci rahsia untuk mendapatkan jodoh seperti yang anda bayangkan. Anda tidak perlu lagi menyembunyikan dari orang yang ikhlas memilih anda. Tidak ada yang lebih menarik bagi lelaki / wanita daripada kepercayaan diri dan keyakinan diri, dan tidak ada yang lebih menarik bagi wanita / lelaki daripada kejujuran dan niat baik.
Semakin anda menjadi diri sendiri, semakin besar kemungkinan untuk menarik perhatian orang yang betul-betul boleh menerima diri anda.
Sangat susah untuk menemukan orang yang mampu melengkapi anda jika anda selalu ragu, tidak selesa, tidak jujur, tidak setia, dan sentiasa "bad mood" gara-gara setiap hari berlakon menjadi orang lain.
Jika ini terdengar seperti anda, berhenti dan fikir balik.
Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pasangan hidup seperti yang anda dibayangkan?
Anda harus memberi apa yang anda inginkan. Untuk mencari jodoh yang tulus, prihatin, dan berjiwa baik, anda harus melakukan hal yang sama kepadanya.
5- BUANG AURA NEGATIF
Orang di sekeliling anda selalu membuatkan anda berasa "down". Hingga menyebabkan anda terhalang untuk mencari dan menjalin perhubungan. Sikap buruk mereka boleh membina dan boleh juga meruntuh kemajuan dalam perhubungan anda.
Jangan berasa susah untuk membuang semua kata-kata orang lain, "keep going" dan fokus pada kebaikan masa depan anda. Buang aura negatif dan kaut sebanyak yang boleh aura positif.
6- PERCAYA PADA GERAK HATI
Anda mungkin bertindak melakukan sesuatu mengikut firasat, lakukan saja. Benarkan naluri anda untuk mengelakkan anda dari berpasangan dengan seseorang yang bermaksud jahat sekaligus membimbing anda menuju hubungan yang memuaskan.











0 Comments