Berapa lama untuk seseorang boleh membina/membentuk tabiat
baru?
Jangka masanya boleh jadi panjang
dari beberapa saat ke beberapa tahun. Tapi, jangka masa untuk bina tabiat baru
ini sebenarnya boleh dipercepatkan bila kita ada kesungguhan emosi yang
digabung sekali dengan kemahuan yang kuat dan mula ambil langkah tertentu.
Langkah/cara cepat bina tabiat baru dengan psikologi:
Baca bawah ni!
Ramai orang ingat, untuk turunkan
berat badan atau nak jadi badan fit kena ambil masa yang lama bahkan bertahun,
then terus rasa malas, buat tak tahu. Pastu suatu hari, doctor cakap “jika awak tak turunkan berat badan dan tak
jaga keadaan fizikal, awak mungkin berisiko untuk mati di usia muda.”
Tiba-tiba, siang malam duk fikir
pasal mati sampai jadi takut dan terus rasa nak ubah diet makan, mula rasa nak
jaga makan, start bersenam, berhenti rokok, dan lepastu sihatlah, badan fit,
fizikal pun okay..”Bila terdesak, takut,
boleh pulak nak jaga kesihatan”
Menurut pakar Psikologi, keadaan kat
atas tadi dipanggil sebagai “significant emotional experience.” Iaitu apa-apa
pengalaman suka atau duka yang melampau, digabungkan dengan tindakan, boleh mencipta sesuatu yang bukan tabiat menjafi satu corak tabiat kebiasaan biasa/rutin yang akan kekal seumur hidup (kebiasaan)
Maknanya, ada dua iaitu pertama korang kena wujudkan rasa takut melampau untuk paksa diri bina tabiat baru (contoh
jaga kesihatan), kedua kita kena ada rasa seronok melampau pada sesuatu
tabiat baru (contoh suka sangat bila dapat bangun 6.00 am setiap pagi). Bila hari-hari asuh, nanti automatik akan terbiasa dan nanti tabiat baru
ni akan jadi rutin (kebiasaan) setiap hari.
Nak tahu tabiat baru apa yang lagi cepat kita belajar? Baca kat bawah:
Contoh, kita akan terkejut dan
bertindak balas bila letak tangan dekat benda panas atau wayar elektrik hidup.
Pengalaman ini mungkin sekejap, tapi sepanjang hidup kita takkan sentuh lagi
benda-benda kat atas tu. Ini salah satu tabiat baru yang dah pun korang bina
tanpa korang sedar. Tabiat ini akan jadi automatik dan kekal sepanjang hidup
(kebiasaan).
Berapa lama boleh bentuk tabiat
baru?
Menurut pakar, ia mengambil masa 21
hari untuk bina ataupun buang sesuatu tabiat yang sederhana (tabiat yang tak
terlalu payah/komplek). Tabiat yang komplek atau payah untuk
dijadikan kebiasaan dalam gaya hidup perlu masa yang lebih lama.
21 hari untuk bina atau buang sesuatu tabiat/kebiasaan:
3 minggu mungkin dengar macam
mustahil, tapi korang boleh cipta tabiat/kebiasaan sederhana yang sangat bernilai
dalam hanya 21 hari.
21 hari, maksudnya tabiat yang sederhana seperti boleh bangun awal pagi pada waktu spesifik, bersenam
setiap pagi, tidur malam pada waktu tertentu, tepati masa, plan sebelum ambil
keputusan, mulakan hari dengan task
yang paling penting dahulu, selesaikan task
sebelum buat benda lain.
Kat atas tu adalah tabiat/kebiasaan
yang sederhana yang boleh korang bina dengan cepat antara 14-21 hari melalui
latihan dan ulangan.
Buat 7 kaedah simple dan powerful ini selama 21 hari:
Simple dan powerful!! Kaedah ini terbukti berkesan untuk
membina tabiat/kebiasaan baru dalam hidup korang. Ia seperti satu resipi memask
di dapur. Korang boleh guna kaedah ini untuk bina apa sahaja tabiat/kebiasaan
yang korang inginkan. Patuhi masa, dan korang akan rasa betapa mudahnya nak
gabungkan tabiat baru dalam personaliti hidup korang.
1-
Ambil
keputusan dan bertindak
Pertama dan terpenting, ambil
keputusan. Bagitahu diri korang yang korang nak start belajar tabiat/kebiasaan
baru dan beri tumpuan 100% pada keputusan itu. Tapi, keputusan saja tak cukup,
korang kena bertindak. Maknanya, kalau korang nak bangun awal dan bersenam
setiap pagi, set kan jam pada waktu tertentu, dan bila jam dah bunyi,
cepat-cepat bangun (bertindak) pakai baju sukan dan mulakan sesi bersenam.
2-
Jangan
tangguh
Kedua, jangan sesekali tangguh
kebiasaan baru yang korang tengah belajar. Jangan bagi alasan, jangan biarkan
malas kuasai fikiran. Kalau korang dah set nak bangun pagi pukul 6:00 am,
disiplinkan diri bangun dan buat rutin ini setiap pagi sampailah korang nanti
automatic boleh bangun sendiri.
3-
Bagitahu
orang lain yang korang tengah berlatih tabiat/kebiasaan baru
Ketiga, bagitahu keluarga atau kawan
yang korang sedang belajar nak biasakan tabiat baru. Mesti korang akan lebih
semangat bila ada orang yang perhati tengok betapa berdisiplin nya korang.
Korang akan jadi bersemangat untuk tunjukkan yang korang mampu untuk bina
kualiti dalam personaliti.
4-
Gambarkan
impian tabiat baru korang
Keempat, bayangkan yang korang dah
berjaya biasakan diri dengan tabiat baru, dan bayangkan yang korang hidup
dengan rutin tabiat baru tu dan enjoy it. Sebab semakin sering korang bayangkan
dan gambarkan, akan lebih mudah dan cepat untuk diri terima tabiat/kebiasaan
baru itu dalam kehidupan harian. Diri akan mudah terima tabiat itu dengan cara
bawah sedar dan automatik.
5-
Ulang,
ulang dan ulang
Kelima, ulang banyak kali latihan
yang korang buat. Bila korang selalu ulang maka secara dramatik tabiat baru
yang korang belajar tu akan meningkat dengan laju atau (terbiasa dengan
korang). Contohnya, korang boleh sebut ayat macam “Aku nak bangun pagi 6:00 am setiap pagi!” Ulang ayat tu setiap
sebelum nak tidur. Majoriti orang akan automatic bangun seminit awal sebelum
jam loceng berbunyi, dan lain kali korang tak payah guna jam loceng lagi.
6-
Buat
berterusan
Keenam, selesaikan setiap perkara
dalam hidup korang dengan tabiat yang baru tu, maknanya guna tabiat baru yang
korang belajar dalam setiap apa yang korang nak buat, setiap hari sampailah
tabiat baru itu jadi sebati dalam diri korang. Apa tanda-tanda dah sebati?
Tandanya, korang akan rasa tak selesa atau tak sempurna kalau tak buat tabiat baru
itu. Faham kan?
7-
Bagi hadiah
pada diri sendiri
Ketujuh dan terakhir, perkara yang
sangat penting, bagi hadiah pada diri sendiri sempena latihan selama belajar
tabiat/kebiasaan baru. Setiap kali korang hadiahkan diri korang, pastikan dan
kukuhkan lagi tabiat baru itu supaya lebih mantap lagi.
Hadiah yang paling nikmat sekali
adalah apabila korang Berjaya masukkan tabiat baru itu ke dalam diri bawah
sedar atau kita panggil tabiat rutin yang pasti korang buat secara automatik,
hasil daripada usaha berterusan mendekati tabiat baru itu.
0 Comments