APA ITU REKREASI
Pengertian rekreasi adalah kegiatan menyeronokkan yang dapat menyegarkan kembali kesihatan badan seperti beriadah, beristirehat dan aktiviti menghiburkan hati.

Terdapat 2 jenis aktiviti rekreasi iaitu aktiviti aktifdan aktiviti pasif:
1. Aktif – tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan, kembara, mendaki bukit dan lain-lain.
2. Pasif – Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal dan pergerakan yang banyak seperti bersiar-siar, berjalan-jalan dan berkelah.


ADAB REKREASI
Ketika berekreasi, ada adab-adab yang perlu dipatuhi, tidak boleh bertindak sesuka hati sehingga menggangu orang lain dan mencemar imej agama. Antara adab rekreasi adalah:

+Bertanggungjawab menjaga harta awam
+Menjaga pergaulan mengikut hukum Islam
+Mematuhi peraturan yang disediakan pihak berkuasa
+Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
+Berpakaian menutup aurat
+Bertanggungjawab menjaga alam semulajadi
+Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan hukum syarak
+Menghormati pengunjung dan tidak menimbulkan gangguan


CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI YANG BAIK
Pilih tempat-tempat yang baik adalah perlu supaya aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan sesuai dengan tujuan asal berekreasi, antaranya adalah:

+ Terdapat kemudahan fizikal seperti surau, tempat berwuduk, tandas, tempat istirehat, kawasan parkir kenderaan, kemudahan jalan raya dan telefon awam.

+ Keselamatan iaitu tempat yang tidak memudaratkan, ada alat kecemasan, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang jelas.

+ Terdapat keistimewaan seperti pemandangan yang cantik, sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Juga memiliki kawasan khas untuk wanita, sesuai untuk aktiviti kumpulan atau individu juga harus memiliki kedai atau gerai.


KENAPA PERLU BERADAB DI TEMPAT REKREASI
Ajaran Islam dan adab sangat berkait rapat, orang Islam disuruh untuk menjaga adab kerana Allah disamping untuk manfaat-manfaat lain antaranya:

+Mengekalkan warisan alam untuk tatapan generasi akan datang.
+Menyelamatkan harta wam dan menjimatkan wang negara.
+Diredhai Allah SWT dan jiwa menjadi tenang.
+Memupuk hubungan silaturrahim antara pengunjung.
+Lahir masyarakat berdisiplin dan bertanggungjawab.
+Mengekalkan persekitaran rekreasi yang bersih.
+Menghindari perkara mungkar dan dosa.
+Melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar.
+Memberi keselesaan kepada manusia untuk melakukan aktiviti rekreasi.

FAEDAH REKREASI
Mereka yang selalu berekreasi pasti tahu apa faedah berekreasi sehingga menjadikan mereka gembira dan gemar berekreasi. Antara faedah rekreasi adalah:

+ Fisiologi – satu bidang ilmu pengetahuan yang mengkaji sifat-sifat benda hiup.
a. Menguatkan stamina, mengimbangi mental dan mengeluarkan peluh. Melahirkan individu yang sihat dari segi fizikal.
b. Ketahanan daripada serangan penyakit, memantapkan kecergasan badab dan menguatkan antibodi.

+ Psikologi – ilmu atau sains yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia.
a. Menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan perasaan dan badan lebih ceria.
b. Otak lebih cergas, minda bertambah aktif dan cepat bertindak. Penting untuk melahirkan individu yang cemerlang.

+ Sosiologi – ilmu berkenaan masyarakat termasuk cara hidup.
a. Semangat kerjasama, memupuk perpaduan dan menguatkan silaturrahim.
b. Individu aktif, memupuk perpaduan masyarakat sejahtera dan negara maju.


SOALAN ADAB BEREKREASI
Bagaimana ciri tempat rekreasi yang baik? Cari jawapan di atas dan jawab pada ruangan komen di bawah. Semoga anda tergolong dari golongan orang yang menyampaikan ilmu bermanfaat. Terima Kasih atas sokongan.