Islam mengharuskan umatnya bermusafir untuk tujuan baik iaitu supaya dapat melihat kebesaran dan hakikat Allah SWT. Namun Islam melarang bermusafir untuk tujuan melakukan maksiat atau kerosakan.

HUKUM BERMUSAFIR
Niat, keadaan dan situasimusafir itu sendiri yang akan menentukan hukum bermusafir. Jika hukum wajib maka ada pahala yang Allah janjikan begitu juga sunat. Berikut hukum-hukum bermusafir yang perlu kalian tahu:

+ WAJIB = Bagi seorang muslim yang mampu bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah.

+ SUNAT = Bermusafir menziarahi 3 masjid utama iaitu (Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa). Juga sunat hukumnya bermusafir untuk membuat perkara sunat seperti (menziarahi saudara-mara)

+ HARUS = Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan syarak.

+ MAKRUF = Ada ulama yang melarang bermusafir sekiranya tidak mempunyai tujuan dan matlamat.

+ HARAM = Bermusafir ke tempat yang haram dan ada unsur maksiat

ADAB MUSAFIR YANG PERLU DIPRAKTIK
Adab-adab bermusafir di bawah ini perlu dipraktik demi keharmonian bersama tidak kira diri sendiri mahu pun makhluk lain, zahir dan batin. Berikut adab bermusafir munurut Islam:

+ Sebelum memulakan perjalanan, mohon petunjuk Allah SWT dan minta nasihat orang yang lebih berpengalaman.

+ Sediakan bekalan secukupnya (wang, makanan, pakaian dan sebagainya)

+ Lantik seorang ketua jika bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila tiga orang keluar bermusafir maka hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (Riwayat Abu Daud)

Hadis Berkaitan Musafir
+ Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ditinggalkan untuk memaklumkan kepada mereka keberangkatan dan tempat yang dituju.

+ Sunat solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.

Doa menaiki kenderaan,
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasai dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali”.

+ Allah SWT memberi rukhsoh kepada orang bermusafir untuk solat secara jamak dan qasar. Tiada alasan meninggalkan solat.

+ Dilarang melakukan kerosakan kepada alam sekitar.

INI SEBAB KENAPA PERLU BERADAB KETIKA BERMUSAFIR
Setiap perintah yang Allah SWT tetapkan dalam agama Islam itu pasti mempunyai hikmah dan sebab sama ada kesan dari segi zahir atau batin. Berikut sebab-sebab perlunya adab bermusafir:

+ Supaya perjalanan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
+ Jika berlaku pertelingkahan, ada ketua yang menyelesaikannya.
+ Supaya tidak berlaku kerosakan alam dan keindahan akan terjamin.

SOALAN ADAB BERMUSAFIR

Soalan Berkaitan Bermusafir
Bagaimana ingin mendidik musafir supaya tidak tinggalkan solat?

Jawab soalan dan kami doakan semoga yang jawab soalan ini tergolong dalam mereka yang menyampaikan ilmu bermanfaat.