ZIKRULLAH PENGUBAT HATI - RUGI BAGI MEREKA YANG LALAI DALAM BERZIKIR
APA ITU BERZIKIR
• Berzikir adalah mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.” (Surah Ali Imran, 191)
ADAB BERZIKIR YANG PATUT KITA BUAT
Adab berzikir dengan betul patut kita amalkan, adab ini sangat penting tetapi ramai yang tidak mengendahkannya. Berikut antara adab berzikir:
1. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya beserta sedar tentang hakikatnya.
2. Merasa kehebatan, kekuasaan dan keagungan Allah SWT secara menyeluruh dan mutlak.
3. Menggunakan suara hati yang perlahan.
4. Berzikir dalam keadaan bersih diri dan tempat serta suci daripada hadas.
5. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat.
6. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam Nas al-Quran atau as-Sunnah.
7. Perbanyakkan berzikir pada suasana genting.
8. Tidak berzikir semasa qadak hajat.
SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
Kenapa kita perlu beradab ketika berzikir, ianya supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Supaya zikir diterima Allah SWT. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat. Selaras sunnah Nabi SAW. Berdisiplin dalam menunaikan ibadah.
INI KERUGIAN JIKA ANDA TIDAK BERZIKIR
Memang sangat rugi jika kita tidak berzikir, Allah telah menjanjikan kelebihan orang berzikir dalam al-Quran dan hadis. Berikut antara kerugian orang yang tidak berzikir:
1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah SWT.
2. Mudah dikuasai syaitan dan jin beserta hawa nafsu.
3. Tidak dapat perlindungan diri terhadap kuasa jahat.
4. Lupa tanggungjawab terhadap agama.
5. Berada dalam keadaan gelisah.
Zikir yang dilarang ialah dengan menggunakan lafaz atau kalimah-kalimah yang tidak terdapat dalam nas. Ia boleh merosakkan iman dan membatalkan akidah jika terlibat dalam ajaran sesat.
APA YANG ANDA DAPAT DENGAN ADAB BERZIKIR
Hikmah, kebaikan dan kelebihan beradab ketika berzikir antaranya seperti berikut:
1. Dikasihi Allah, Allah menyukai orang yang melakukan sesuayu dengan sebaik-baiknya.
2. Mendapat ketenangan jiwa jika mengamalkan adab berzikir yang betul.
3. Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah SWT.
4. Mendapat pahala berzikir daripada Allah SWT.
Orang yang sentiasa mengingati Allah SWT, dia tidak lalai walaupun berada dalam apa jua ujian. Antara doa orang soleh ialah, “Ya Allah, jadikanlah dunia di tanganku tetapi jangan jadikan di dalam hatiku”.
Semoga artikel Adab Berzikir ini dapat menjadi panduan terbaik bagaimana cara untuk melakukan zikir dengan betul mengikut ajaran Islam.
SOALAN ADAB BERZIKIR
Nyatakan sebab kenapa kita perlu beradab ketika berzikir? Cari jawapan di atas dan jawab di ruangan komen, jom kongsi ilmu bermanfaat.
![]() |
Soalan Adab Ketika Berzikir |
TERIMA KASIH :)
0 Comments