![]() |
Adab dengan Rasulullah SAW |
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita wajib menyayangi serta beradab dengan baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia yang paling banyak berkorban dan berjuang demi kepentingan dan kebaikan umatnya iaitu kita semua.
Artikel ini ditulis untuk berkongsi bagaimana cara untuk kita beradab dengan Nabi kita Muhammad SAW.
LAKUKAN PERKARA INI JIKA BETUL SAYANGKAN NABI SAW
Hati yang mempunyai kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW hendaklah dizahirkan dengan sepenuhnya. Maka, berikut adab yang perlu diamalkanuntuk menzahirkan kecintaan dan hormat kepada Nabi Muhammad SAW:
+ Berselawat Kepada Nabi Muhammad SAW demi menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada baginda SAW,
+ Tawaduk dan bersopan santun, selepas baginda wafat umat Islam wajib menghormati Nabi dengan cara bertawaduk dan bersopan santun apabila hadis baginda dibacakan,
+ Mengasihi para sahabat baginda iaitu mereka yang memeluk Islam dan sempat berjumpa Rasulullah SAW walaupun seketika dan meninggal dunia dalam agama Islam,
+ Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAWiaitu dikehendaki mengikut segala sunnah Rasulullah SAW dari aspek perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan,
+ Menziarahi makam Rasulullah SAW semasa menunaikan ibadat haji atau umrah, amalan menziarahi makam Nabi di Masjid Nabawi di Madinah adalah sunat.
Hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku. (Riwayat Ad-Dar Qutni, Abu Yu’la dan Baihaqi)
KENAPA PERLU BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW
Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin umat Islam, kita sebagai umat Islam dan hamba Allah SWT wajib untuk menghormati dan menyayangi pemimpin lebih-lebih lagi Baginda Rasulullah SAW. Berikut hikmah beradab dengan Rasulullah SAW:
+ Dikasihi oleh Allah SWT,
+ Mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat,
+ Mendapat redha Allah SWT dunia dan akhirat,
+ Mendorong kita untuk melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW,
+ Melahirkan insan yang beradab sesama makhluk,
+ Mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT,
+ Dapat kesedaran mengenai hakikat Nabi Muhammad SAW.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI JIKA BENAR SAYANGKAN NABI SAW
Sudah cukup kita digelar tidak beradab jika melakukan salah satu perkara berikut:
+ Tidak taat perintah baginda sebagaimana perintah di dalam hadis,
+ Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda,
+ Tidak mengucap selawat ketika nama baginda SAW disebut,
+ Tidak menghormati sahabat baginda.
Sebagai umat Islam yang sejati, kita perlu jauhkan diri kita dari sikap negatif antaranya seperti tidak menghormati sesama makhluk, dengan cara ini sebenarnya mampu melatih diri untuk beradab dengan Rasulullah SAW.
Terdapat banyak cara yang perlu dipraktikkan untuk melatih diri supaya beradab dengan Rasulullah SAW antaranya adalah memanggil seseorang dengan nama ataupun gelaran yang baik, bergaul dengan sopan dan jangan sesekali mencaci walaupun bukan Islam.
AMARAN!!
Seseorang yang mempersenda dan memperlekeh sunnah Rasulullah SAW bererti telah menghina Rasulullah SAW. Mereka telah melakukan dosa besar dan boleh membawa kepada murtad. Oleh itu mereka wajib bertaubat (kembali).
Maka, mari bersama-sama mendidik diri untuk menjadi seorang yang bersopan santun serta beradab kepada sesama makhluk dan yang paling utama adalah menghormati baginda Rasulullah SAW dengan penuh cinta dan keyakinan. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan terima kasih.
0 Comments