Maksud Dosa

Manusia tidak boleh terlepas dengan dosa, sebagai manusia biasa pasti sukar untuk menghadapi cabaran dan ujian di dunia ini. Alhamdulillah, Allah Maha Pengampun masih membuka pintu taubat untuk umat Nabi Muhammad SAW dan kita perlu mengambil ini sebagai peluang untuk sentiasa bertaubat (kembali) kepada Allah sebelum pintu taubat tertutup.

Kita sering melakukan dosa, tapi adakah kalian tahu apa itu dosa? Mari kita bahas dan mengenali apa itu yang dikatakan dosa.

PENGERTIAN DOSA
+ Dosa adalah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya

APA ITU ‘ASI
+ ‘Asi ialah orang yang sudah akil baligh melanggar hukum Allah SWT

KATEGORI DOSA
1.       DOSA BESAR
Pengertian = Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.

Contoh Dosa Besar
+ Contoh dosa besar adalah minum arak, berzina, membunuh, derhaka ibu bapa, fitnah dan mengumpat.
+ Akibat melakukan dosa besar adalah Qisas, hudud, dan takzir. Ditimpa seksa di neraka jika tidak bertaubat.

2.       DOSA KECIL
Pengertian = Kesalahan yang tidak memberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

Contoh Dosa Kecil
+ Contoh dosa kecil seperti bercakap perkara yang tidak senonoh dan melihat aurat bukan mahram.
+ Jika melakukan dosa kecil secara berterusan, boleh menjadi dosa besar.

NOTA PENTING DOSA:
+ Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan Qisas ialah kesalahan membunuh dengan sengaja dan kesalahan mencederakan tubuh badan dengan sengaja.
+ Sesiapa yang membunuh seseorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam.

Kalian sudah tahu apa itu dosa beserta kategorinya. Jangan lupa kongsi semoga kalian tergolong dalam golongan mereka yang memberi ilmu yang bermanfaat. Aminn saya doakan.

SOALAN TENTANG DOSA

Soalan Berkaitan Dosa
Berikan contoh dosa yang sering dilakukan di media sosial?

Jawab soalan di ruangan komen. Saya doakan siapa yang jawab soalan ini mendapat pahala penyebar ilmu bermanfaat. Aminn, dan terima kasih.