Seluar Jeans sering menjadi pilihan lelaki bergaya kerana praktikal, mudah digabungkan dengan memadankan pelbagai pakaian dalam pelbagai suasana. Di samping itu, seluar jeans juga popular kerana kekuatan tahan lamanya.

Walau bagaimanapun, seluar jeans masih perlu dijaga dengan baik melalui penjagaan yang betul untuk menjadikannya lebih tahan lama, malah mengekalkan warna dan bentuk.

Betul tak, kita sering keliru antara mencuci atau hanya membiarkannya tidak dibasuh selama berbulan-bulan. Memetik dari halaman Esquire, berikut adalah scara yang betul menjaga seluar jeans.

1. Rujuk label arahan pembasuhan
Baca prosedur basuhan yang disyorkan, seperti suhu air, basuh (sama ada diberus atau tidak). Prosedur pembersihan ini direka untuk mengekalkan kualiti jeans agar lebih tahan lama.

2. Pastikan tiada sesuatu sisa dalam poket
Kadang-kadang kita terlupa untuk menyimpan benda-benda kecil di dalam poket seluar jeans, seperti wang kertas, duit syiling, pen, dan sebagainya. Sekiranya anda tidak memeriksa dengan teliti, ia boleh merosakkan poket Jeans.

3. Cuci dengan teliti
Jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh, dengan tangan, atau dry clean. Jika menggunakan mesin basuh, pastikan seluar jeans yang dibasuh dengan mesin basuh tidak lebih dari lima helai dan tidak bercampur dengan material selain denim. Juga perhatikan berat jeans yang dibasuh, jika terlalu berat, mesin basuh boleh terganggu.

4. Berus bahagian dalam
Sekiranya membasuh dengan tangan, dinasihatkan supaya berus pada bahagian dalam supaya warna jeans tidak mudah luntur. Serat kain yang lebih berongga membuat jahitan jeans lebih mudah dibersihkan dari dalam daripada bahan kain secara umum.

5. Perhatikan cara menjemur
Jangan jemur Jeans pada cahaya matahari secara langsung kerana berpotensi merosakkan warna dan kualiti material. Dinasihatkan untuk menjemur jeans dengan menggantung pada penyangkut di tempat yang beragin. Setelah kering, seluar jeans disimpan dengan gantung pada hanger, jangan lipat, supaya teksturnya lebih kemas dan selesa apabila dipakai.