Kita sebagai hamba Allah yang hidup di dunia yang fana ini
seharusnya bersungguh-sungguh menjadi seorang hamba yang mampu membantu dan
memberi manfaat kepada makhluk lain. Jadilah hamba Allah yang paling banyak
manfaatnya dan ikhlas apabila membantu tanpa mengharapkan ucapan terima kasih.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah S.A.W bersabda,
Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak
bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat
bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni) Hadits ini dishahihkan oleh al Albani didalam “ash Shahihah”
nya.
Jadilah seperti pokok yang mampu memberi teduhan kepada
makhluk alam yang kepanasan baham matahari = Jadilah seorang yang mampu
melindungi makhluk lain daripada sesuatu yang menyakitinya.
Jadilah seperti pokok yang mampu memberi ketenangan kepada
burung-burung untuk membuat sarang di dahan-dahan pokok = Jadilah seorang yang
mampu memberi ketenangan kepada makhluk lain apabila mereka mendekati kita.
Jadilah seperti pokok yang mampu menyediakan buah-buahan
kepada makhluk lain = Jadilah seorang yang mampu bersedekah kepada seluruh
makhluk yang memerlukan.
Jadilah seperti pokok yang mampu memberi oksigen kepada
seluruh makhluk = Jadilah seorang yang mampu memberi manfaat kepada makhluk
lain yang disebabkan manfaat yang kita beri itu menjadikan manusia lain mampu
memajukan tamadun.
Daripada pokok, pelbagai jenama-jenama mahal terhasil dan
tercipta. Apabila jenama-jenama itu dibanggakan, mereka lupa kepada
asal-usulnya. Sudah tidak terlihat dan terpandang lagi akan pokok = Daripada
Allah segala sesuatu itu hadir. Apabila manusia diberi kelebihan di dunia,
mereka lupa dan berkelakuan sombong terhadap tuan kepunyaan nikmat-nikmat itu
dan lupa kepada raja segala raja iaitu Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:–
(24) Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah
membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan
cabangnya (menjulang) ke langit,
(25) (Pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu
dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar
mereka selalu ingat.
(26) Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang
buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap
(tegak) sedikit pun.
(QS. Ibrahim 14: 24 - 26).
Ambillah ikhtibar daripada sebatang pokok untuk kita
menempuh kehidupan di dunia ini. Sebenarnya, banyak lagi hikmah di sebalik
penciptaan pokok ini yang boleh kita sendiri memikirkannya. Gunakanlah fikiran
kita untuk sentiasa memikirkan kebesaran Allah melalui apa yang ada di alam
ini. Sebab semua yang Allah ciptakan di alam ini semuanya ada hikmah dan
bukannya suatu perkara yang sia-sia. Semoga kita umat manusia yang hidup di
akhir zaman ini tidak lupa asal-usul kita dan tidak lupa Allah S.W.T serta Nabi
Muhammad S.A.W. Sentiasalah berdoa supaya dijauhkan daripada sifat-sifat yang
membawa kepada kesombongan dan keangkuhan. Semoga kita dijadikan Allah S.W.T
antara hamba yang banyak manfaatnya kepada seluruh makhluk.
Akhir kata, Jadilah Seperti Sepohon Pokok
1 Comments
Radang Paru-paru Copd.
ReplyDeleteSaya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring