Boleh ke beli topup online melalui Maybank2u? Mesti ramai tak tahu kan, sebab itu hari ini saya nak bagitahu langkah demi langkah cara beli topup melalui Maybank2u 2018 beserta gambar panduan supaya korang mudah faham tutorial ini.

Tapi sebelum itu, korang perlu daftar akaun Maybank2u dahulu sebelum boleh menggunakan khidmat beli topup di maybank2u.

Jika korang dah daftar akaun Maybank2u, boleh terus ikut langkah demi langkah di bawah:

LANGKAH 1 - Pertama sekali masuk ke website Maybank2u.com
Website Maybank2u.com

LANGKAH 2 - Kemudian login ke akaun maybank2u yang korang daftar, klik butang login
Beli topup guna maybank2u


LANGKAH 3 - Login dengan isi username, pengesahan gambar dan password yang sama seperti pertama kali korang daftar akaun Maybank2u
buy top up maybank2u

LANGKAH 4 - Selepas Berjaya masuk ke akaun korang, klik ke Buy Online
maybank2u top up



LANGKAH 5 – Klik butang Instant Prepaid Top up
Cara beli topup melalui maybank2u

LANGKAH 6Klik butang Open Instant Prepaid Top up
Beli topup melalui maybank2u beserta gambar


LANGKAH 7 - Klik Select from list, kemudian pilih telco yang digunakan
Cara pilih telco topup maybank2u


LANGKAH 8 - Saya pilih Celcom Xpax, pilih ikut kegunaan masing-masing. Kemudian klik Continue
Topup Maybank2u

LANGKAH 9 - Pilih amount, masukkan nombor telefon yang ingin di topup kemudian klik Continue
Topup guna maybank2u


LANGKAH 10 - Mula-mula klik Request for TAC, dan tunggu mesej nombor TAC dikirim ke nombor telefon yang korang isi tadi. Selepas itu, salin nombor TAC tadi di ruangan SMS TAC. Akhir sekali klik Confirm.
Tambah nilai melalui maybank2u
Sebelum ke langkah 11, pastikan save atau print resit belian topup untuk rekod jika ada masalah dengan pembelian topup tersebut.


LANGKAH 11 - Langkah terakhir dan terpenting, jangan lupa untuk Log out akaun maybank2u. Penting untuk keselamatan duit dalam tu.
Beli top up online maybank2u

Korang boleh menyemak telefon untuk melihat reload yang telah di terima jika proses beli topup berjaya, dengan adanya servis perkhidmatan seperti ini, korang boleh membeli topup untuk diri sendiri, malah membantu keluarga mahupun rakan rakan untuk pembelian topup secara online dan tidak perlu lagi menunggu atau menghabiskan masa, tenaga dan juga dapat menjimatkan minyak untuk ke kedai membeli topup.

Bagaimana dengan tutorial cara beli topup melalui maybank2u? semoga dapat membantu untuk membeli topup pada waktu memerlukan terutama waktu malam, korang boleh kongsikan artikel ini semoga dapat membantu mereka yang mahu membeli topup terutama kepada pemegang akaun maybank2u yang mahu membeli topup.
beli topup guna maybank2u
Jika korang ada masalah, LIKE facebook Maybank dan bertanya terus pada Admin Facebook Maybank. Nanti dorang akan jawab semua soalan yang korang tanya. Jangan ngorat admin tu sudahlah ya, Sekian terima kasih.