Cara Menangani Orang Murtad
Orang murtad, masalah ini adalah sangat berbahaya kepada agama Islam, ianya boleh memberi impak negatif kepada seluruh umat Islam. Maka, menjadi tanggungjawab bersama semua orang Islam untuk mengatasi dan mencari jalan bagaimana untuk menangani orang murtad.

CARA MENANGANI ORANG MURTAD

Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum berdasarkan hadis dan al-Quran. Perkara ini sangat penting supaya pemerintah dapat mengambil tindakan tegas kepada mereka yang murtad.

Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting dengan memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam. Kaedah ini mampu memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat murtad.

Orang terdekat perlu memberi nasihat dari segi akidah Islam supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan yang lurus iaitu agama Islam.

Tidak lupa juga, kita sebagai orang Islam perlu menjaga dan memberi perlindungan atau bantuan sebaiknya kepada golongan mualaf iaitu saudara baru agar mereka tidak tertekan dengan keadaan baru baik dari sudut masyarakat, kekeluargaan dan diri sendiri.

Maka, mari kita umat Islam bersama-sama mengambil tanggungjawab menangani masalah orang murtad agar kesejahteraan agama Islam terpelihara dan dihormati. Ingat, agama bukan suatu alat untuk dipermainkan, jangan bersenda gurau dengan agama.

TERIMA KASIH :)