Cara Tanam Asam Susur (Roselle)
Pembiakan dan Penanaman
Terdapat 2 kaedah mudah untuk menanam Asam Susur atau lebih dikenali sebagai Roselle

1. Semaian Biji Benih

Sangat mudah untuk dibiakkan iaitu dengan semaian biji benih. Biji-biji benih disemai terlebih dahulu dan apabila anak semaian Asam Susur ini berumur 4-5 minggu, kira-kira mencapai 12-15 cm tingginya, maka tanaman tadi boleh ditanam ke tanah atau ladang.

2. Keratan Batang atau Keratan Pucuk Berdaun

Asam Susur juga boleh dibiakkan dengan keratan batang atau keratan pucuk berdaun. Keratan ini disemai ke dalam pasir.

Penjagaan

Asam Susur memerlukan penjagaan yang rapi dan tanah yang subur bagi menghasilkan buah yang banyak.

Tanaman Asam Susur / Roselle kini semakin popular lebih-lebih lagi di negeri Terengganu Darul Iman bagi menghasilkan kordial yang semakin digemari sebagai sumber Vitamin C.

Di kampung-kampung, Asam Susur / Roselle kadang kala ditanam di sekitar rumah kerana kecantikan bunganya di samping untuk keperluan lain.

Pokok Asam Susur dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa atau lebih popular dengan nama Roselle sangat cantik sebagai perhiasan rumah, dan juga sangat berkhasiat jika mengamalkan memakan atau meminum air nya. Dengan artikel Cara Tanam Asam Susur (Hibiscus sabdariffa) ini semoga dapat membantu anda membiakkan pokok ini.


Terima Kasih :)