Berikut ini adalah koleksi kata-kata motivasi dakwah yang bermanfaat untuk renungan bersama:
1. Yang lepas jangan diungkit, yang akan datang
zahirkanlah akhlak dengan sebaik-baiknya.
2. Jangan sesekali tangguh taubat seolah-olah kita
boleh menangguh kematian.
3. Ku relakan jiwa untuk berserah kepada Mu Ya
Allah, Kerana Engkaulah yang mengzahirkan aku di alam ini.
4. Jangan kecewa jika kita mempunyai sesuatu yang
buruk di mata orang lain, sebab Allah ingin memperkenalkan diri-Nya kepada kita
yang Dia mampu mencipta baik & buruk. Itulah kesempurnaan Allah.
5. Seseorang itu akan menjadi taat apabila
mencintai, jika kamu ingin taat kepada Nabi S.A.W, maka cintailah dia.
6. Jangan tangguh lama-lama bila ingin bertaubat,
sebab mungkin satu saat kedepan ajal datang menjemput.
7. Kita bukan sahaja mahu taat kepada Allah, tapi
kita mahukan ketaatan sambil ketenangan. Jika kita inginkan ketengan, berbalik
semulalah kepada sumber ketenangan iaitu Allah, kenalilah Allah.
8. Allah menciptakan kita di dunia ini adalah
bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat mengzahirkan dan menyatakan sifat
kebesaran-Nya.
9. Sedekah bukan sahaja terletk pada wang ringgit.
Tenaga dan pendapat pun boleh jadi sedekah, yang penting ikhlas.
10. Kebanyakan
non-muslim beranggapan salah mengenai Islam kerana perangai sebahagian muslim
yang tak menjaga adab pergaulan.
11. Ramai
orang mempunyai biji tasbih untuk berzikir nama Allah, tetapi mereka tidak ada
biji tasbih untuk mengira berapa banyak percakapan sia-sia yang telah diucap di
bibir mulutnya.
12. Kalau
kamu selalu berbuat baik, itu menampakkan yang jalan cerita kamu mungkin munuju
ke syurga, tapi kalau kamu selalu berbuat buruk, itu menampakkan jalan cerita
kamu mungkin menuju ke neraka.
13. Apa
yang ada disyukuri, apa yang belum dapat sabar.
14. Muzik
tidak haram, jika haram, maka senyap sunyi sepilah dunia Islam tidak ada
tarikan, yang jadi haram itu apabila ia MELALAIKAN.
15. Mencintai
Nabi bukan sekadar di ingatan dan kata sahaja, tapi, cintailah Baginda di hati.
Kamu tidak akan sayang jika kamu tidak mengenalinya.
16. Semua
orang ada hak untuk memilih, tapi biarlah pilihan itu adalah yang terbaik
untuknya dunia dan akhirat.
17. Apabila
ganjaran yang dikejar, tanpa sedar keikhlasan kepada Allah itu akan hilang.
18. Jangan
beralasankan takdir untuk melakukan dosa dan kesalahan, tapi beralasankan
takdirlah dalam hal bersangka baik, sabar dan ingat Allah.
19. Belajarlah
mencari sesuatu hikmah walaupun daripada seekor anjing, sebab segala sesuatu
yang Allah cipta itu semuanya tidak sia-sia.
20. Taburlah
cinta kamu di serata dunia, dan janganlah kamu berdusta dengan cinta yang kamu
beri itu, ikhlaskanlah diri memberi cinta kerana Allah.
21. Aku
berusaha bukan kerana ingin melihat kehebatan diri, tetapi untuk melihat
kehebatan Allah.
22. Aku
mencari ilmu bukan untuk melihat kepandaian diri, tetapi untuk melihat
kepandaian Allah.
23. Aku
bersedekah bukan kerana ingin melihat pemurahnya diri, tetapi untuk melihat
Allah Yang Maha Pemurah.
24. Aku
melihat kecanggihan teknologi bukan kerana kehebatan orang yang membuatnya,
tetapi aku melihat betapa canggihnya Allah.
25. Jangan takut apa yang akan menimpa kamu pada hari esok, kerana semuanya telah diatur Allah dalam Kitan Lauh Mahfuz
25. Sesungguhnya
tidak akan bergerak, berbunyi & berfikir melainkan semua telah di tetapkan Allah dalam Kitab Lauh Mahfuz.
1 Comments
Sy share ye awk.. Tq :)
ReplyDelete